Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tasik glasier pecah punca banjir di Nepal

    KATHMANDU, 18 OGOS – Banjir teruk yang melanda sebuah kampung di wilayah Everest, Nepal berpunca daripada tasik glasier yang pecah, kata pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan pakar, kelmarin.

    Pakar-pakar perubahan iklim berkata ia adalah contoh yang jelas tentang ‘kesan dahsyat’ peningkatan suhu global terhadap orang yang telah melakukan paling sedikit untuk menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau.

    Sekurang-kurangnya 14 bangunan, termasuk tujuh rumah, lima hotel, sebuah asrama dan sebuah klinik, dihanyutkan sepenuhnya oleh banjir yang melanda kampung Thame pada petang Jumaat.

    Tiada kematian dilaporkan, tetapi skala air banjir berwarna keperangan dan berlumpur yang melanda perkampungan Thame amat mengejutkan, seperti yang disiarkan oleh video-video di media sosial oleh pihak berkuasa tempatan.

    Pusat Antarabangsa bagi Pembangunan Gunung Bersepadu (ICIMOD) berkata kelmarin bahawa banjir mengejut itu adalah ‘disebabkan oleh banjir dari tasik glasier Thyanbo’. Ia sedang menyiasat punca dan kesan, tambahnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda