Sunday, February 9, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    TASKA YSHHB adakan majlis sambutan Israk Mikraj

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Dalam mendidik kanak-kanak mengenai salah satu peristiwa sambutan hari kebesaran Islam, seramai 524 orang kanak-kanak daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) telah menghadiri Majlis Sambutan Israk dan Mikraj kelmarin.

    Majlis dengan tema Sembahyang mencerdaskan minda itu diadakan di dewan taska berkenaan dengan kehadiran Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Hafizah binti Haji Salat dan Penolong Pengetua YASKA YSHHB, Hajah Ernye Maisurah binti Haji Matdanan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah dan diikuti dengan Selawat Nabi diketuai oleh salah seorang pengajar taska, Muhammad Nazmi bin Puasa.

    Antara pengisian majlis adalah penerangan dan cerita pendek mengenai peristiwa Israk dan Mikraj serta tunjuk cara pergerakan sembahyang yang betul yang disampaikan oleh Ustazah Noryasimah binti Mohd Yassin.

    Dengan adanya majlis berkenaan, ianya diharap akan dapat memupuk rasa kasih sayang dalam diri setiap kanak-kanak terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan ummah yang terbaik di samping dapat mempraktikkan dan membetulkan pergerakan sembahyang dan menjadikan sembahyang sebagai amalan harian murid-murid.

     Semua di atas: Antara kanak-kanak TASKA YSHHB yang hadir ke majlis berkenaan.

    Ustazah Norasimah menyampaikan cerita mengenai peristiwa Israk dan Mikraj junjungan Nabi Muhammad SAW.
    Pengetua TASKA YSHHB, Hajah Hafizah (kanan) hadir di majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN TASKA, YSHHB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda