Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    TASKA YSHHB rai Hari Keputeraan

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Seramai 559 orang kanak-kanak dari Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) menghadiri Majlis Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun di Dewan TASKA YSHHB, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi.

    Tahun ini, TASKA YSHHB mengadakan sambutan Hari Keputeraan dengan tema ‘Sukan Kegemaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah’, di mana kanak-kanak diperkenalkan dengan aktiviti seperti acara lumba perahu dan tarik kalat.

    Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Dr. Ustaz Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq diikuti dengan tayangan slaid dan video semasa Majlis Perbarisan Sambutan Hari Keputeraan ke-71 tahun di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, baru-baru ini.

    Acara sukan yang diadakan pada majlis sambutan tersebut.
    Acara sukan yang diadakan pada majlis sambutan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda