Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Pelbagai hidang-an istimewa mewakili negeri di Malaysia yang berbeza seperti Kedah, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak diketengahkan dalam Promosi Taste of Malaysia di Restoran Anjung Saujana.
Sepanjang promosi selama sebulan bermula hari ini itu, cef-cef Malaysia dengan Ketua Cef, Rosli menyediakan menu khas yang pastinya memuaskan hati para pelanggan.
Promosi bufet makan malam boleh didapati setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu dengan pemegang kad Dining Privilege RBC akan menikmati diskaun hingga 20 peratus semasa tempoh promosi tersebut. Selain bufet makan malam, Anjung Saujana akan menawarkan menu set makan tengah hari yang boleh didapati setiap Isnin hingga Khamis.
Di samping itu, sempena promosi berkenaan, Anjung Saujana juga akan menganjurkan demonstrasi memasak pada 20 September depan di mana Cef Kasdi, cef selebriti yang selalu muncul dalam beberapa siri televisyen masakan, Jaguh Kampong dan Cergas Jelita, bakal menampilkan hidangan istimewa Malaysia termasuk Botok-botok, Daging Perak Selon, Kaya Hailam Labu dan Nasi Dalcha Limau.
Bagi yang berminat, bolehlah membuat tempahan untuk menyaksikan demonstrasi berkenaan sekarang.
