Sunday, November 24, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tatacara, rutin penjagaan kulit

    Bagi menentukan susunan yang tepat untuk pemakaian penjagaan kulit adalah sukar jika awda tidak meluangkan masa untuk membaca maklumat tentangnya.

    Misalnya tentang perbezaan serum dan essence, atau kekerapan pemakaian retinol.

    Justeru, awda perlu mengetahui susunan rutin penjagaan kulit dan bagaimana atau bila waktu penting yang sesuai bagi awda untuk menggunakan produk penjagaan kulit bagi mendapatkan hasil terbaik dan untuk mengelakkan masalah kulit seperti kerengsaan serta jerawat.

    Berikut dikongsikan tatacara bagi penjagaan kulit sama ada untuk penggunaan waktu pagi dan juga malam.

    PENJAGAAN KULIT WAKTU PAGI

    1. Pencuci muka

    Perkara pertama dan paling penting, cuci muka sebagai langkah pertama dalam rutin awda, dengan menggunakan pencuci muka terbaik dan kain flanel, mikrofiber atau kain muslin.

    Susunan rutin penjagaan kulit sangat penting bagi mengelakkan masalah kulit. – Envato
    Gambar Envato

    Pencuci muka berfungsi untuk mengeluarkan kotoran, peluh, mikrob dan pencemaran dari permukaan kulit, serta mencipta asas bersih untuk penggunaan produk selanjutnya.

    2. Essence

    Wanita Korea tidak akan melupakan essence dalam rutin penjagaan kulit mereka, sama ada pagi atau malam. Tetapi ia bukan merupakan sesuatu yang penting. Awda boleh menggunakannya selepas toner, dengan menyapukan produk itu pada tangan atau pad kapas dan ratakan ke seluruh muka serta leher awda.

    3. Pelembap

    Pastikan awda memilih pelembap muka terbaik untuk kulit kering, pelembap terbaik untuk kulit berminyak atau kombinasi.

    Penggunaan pelembap mampu membantu menarik air ke kulit, menyediakan penghalang pelindung untuk memerangkap kelembapan di samping menghalang kehilangan air.

    4. Pelindung matahari

    Pelindung matahari adalah satu kewajiban setiap hari, walaupun awda hanya duduk rumah bersahaja di siang hari.

    Menggunakan pelindung matahari boleh membantu melindungi daripada kanser kulit, serta tanda-tanda awal penuaan kulit, seperti kedutan atau pigmentasi.

    Pada masa yang sama, rawatan hiperpigmentasi juga adalah gandingan terbaik untuk mencegah perubahan warna. Pastikan awda menggunakan pelindung matahari muka terbaik.

    PENJAGAAN KULIT WAKTU MALAM

    1. Topeng muka (mask)

    Waktu sesuai menggunakan topeng muka dalam rutin harian awda ialah selepas pembersihan, sebelum penggunaan langkah penjagaan kulit yang lain.

    Ia boleh digunakan sekali atau dua kali seminggu.

    2. Retinol

    Pada waktu malam, menggunakan produk vitamin A seperti retinol akan membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit serta meratakan warna kulit.

    Retinol dikenali sebagai ramuan yang cukup kuat, jadi awda disarankan untuk menukar produk yang mengandungi asid untuk mengelakkan sebarang tindak balas.

    Jika baru menggunakannya, pastikan awda memperkenalkannya secara beransur-ansur dan mulakan dengan kepekatan yang rendah, seperti 0.3 peratus.

    3. Serum

    Jika memakai retinol, awda tidak boleh mencampurkannya dengan serum yang mempunyai bahan AHA, BHA ataupun vitamin C. Ia akan menyebabkan kulit awda menghadapi kegatalan dan breakout. Serum penghidratan sesuai digunakan pada bila-bila masa sepanjang hari.

    4. Pelembap

    Selesaikan rutin malam dengan pelembap biasa atau krim malam yang sesuai untuk jenis kulit awda. Dan jika kulit awda sangat kering, awda boleh cuba melapisi minyak muka di bahagian atas untuk mengunci kelembapan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda