WASHINGTON, 24 NOV – Jayson Tatum menyumbangkan 37 mata dan 13 rebounds kelmarin untuk membawa Boston Celtics menang 125-112 ke atas pasukan pelawat, Dallas Mavericks walaupun dibantu oleh Luka Doncic dengan 42 mata.
Celtics, dengan rekod sembilan kali menang berturut-turut yang terpadam pada Isnin di Chicago, telah bangkit semula selepas mendominasi perlawanan menentang Mavericks, sekali gus memperbaiki rekod kepada 7-1 di Boston dan rekod terbaik NBA 14-4 secara keseluruhan.
“Saya rasa kami telah fokus dari awal permainan. Kekalahan kepada Chicago telah menyebabkan kami bersatu dan fokus semula,” kata Tatum.
“Kami tahu mereka adalah pasukan yang berbakat. Luka adalah ketua yang bagus. Lega rasanya apabila kami menang kembali.”
Ini merupakan kemunculan karier Tatum yang ke-10, dengan 35 mata dan 10 rebounds.
Dalam aksi perlawanan itu, calon Pemain Paling Berharga NBA, Doncic menyerang balas dengan 17 daripada 28 cubaan dan lima daripada sembilan dari garisan. – AFP


