LOS ANGELES, 2 FEB – Jayson Tatum menjaringkan 31 mata ketika Boston Celtics membelasah Brooklyn Nets yang keletihan dengan kekalahan 139-96 kelmarin.
Pertembungan heavyweight antara dua saingan hebat itu berakhir dengan Nets bergelut ketika Celtics bermain penuh bersemangat untuk meraih kemenangan di TD Garden.
Boston mendominasi sejak awal permainan dengan mencatatkan 46 mata yang luar biasa pada suku pertama sahaja, dengan Tatum menyumbang 18 mata.
Menjelang separuh masa, Celtics telah mendahului 34 mata menentang pasukan Brooklyn yang masih kehilangan Kevin Durant yang cedera.
Kutipan 31 mata oleh Tatum termasuk tujuh jaringan tiga mata dalam 12 daripada 19 jaringan manakala Jaylen Brown memberikan sokongan dengan menjaringkan 26 mata.
Kyrie Irving mendahului Brooklyn Nets dengan 20 mata.
“Setelah beberapa hari cuti membawa kebaikan kepada kami, kami berasa cergas dan bersemangat,” kata bintang Boston Tatum selepas itu. “Kami mempunyai kekuatan dan mentaliti yang tinggi.”
Tatum menyampaikan pujian khas untuk Robert Williams III, yang menamatkan perlawanan dengan 16 mata dan sembilan rebounds.
“Pada mana-mana malam tertentu, Rob mungkin menjadi individu yang paling penting untuk kejayaan jangka panjang kami,” kata Tatum.
“Untuk sampai ke tahap yang kami impikan, kami perlukan Rob bermain di gelanggang dan kami perlukan dia dalam keadaan sihat.” – AFP
