Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan ‘amat kuat’ badai pantai Pasifik Jepun

    TOKYO, 16 OGOS – Taufan ‘amat kuat’ membadai pantai Pasifik Jepun dengan angin kencang dan hujan lebat hari ini, memaksa ratusan penerbangan dan perkhidmatan kereta api di kawasan Tokyo dibatalkan dan menyebabkan lebih 2,000 rumah tanpa bekalan elektrik.

    Terletak kira-kira 170 kilometer di selatan Tokyo, Taufan Ampil membawa angin kencang sehingga 216 kilometer sejam (kmsj) ketika ia menuju ke timur laut, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

    Pusat taufan tidak dijangka mendarat, sebaliknya menuju ke arah timur laut ke pantai Honshu dan menyusuri pinggir wilayah Tokyo, yang menempatkan kira-kira 40 juta orang, sebelum kembali ke Pasifik mulai esok. JMA menilai sistem cuaca itu sebagai ‘sangat kuat’, satu tahap di bawah kategori tertinggi ‘taufan ganas’, dengan kelajuan angin maksimum 195kmsj.

    Agensi itu memberi amaran kepada orang ramai supaya ‘berwaspada terhadap ribut kuat, ombak pasang surut, tanah runtuh, banjir di tanah rendah dan banjir sungai.’

    Risiko bencana berkaitan hujan lebat akan meningkat hingga malam ini di kawasan Kanto sekitar Tokyo dan hingga pagi esok di wilayah Tohoku utara, katanya dalam satu kenyataan.

    Pusat Amaran Taufan Bersama tentera Amerika Syarikat meramalkan kelajuan angin maksimum kekal pada 105 knot (195kmsj) menjelang 3 pagi esok di luar kawasan pantai Chiba di timur ibu negara. Lebih 18,000 orang dinasihatkan berpindah di wilayah Chiba di timur Tokyo, kata Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana dalam satu kenyataan.

    Kira-kira 2,000 rumah di wilayah jiran Tokyo, terutamanya Chiba, terputus bekalan elektrik setakat petang hari ini, menurut pengendali utiliti tersebut. – AFP

    Pejalan kaki menggunakan payung mereka untuk berlindung daripada hujan semasa melintasi Shibuya Crossing di tengah Tokyo kelmarin, semasa Taufan Ampil menghampiri ibu kota Jepun itu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda