Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Taufan badai Mississippi, korbankan 25 nyawa

    ANKARA, 26 MAC – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian puting beliung di negeri Mississippi pada lewat Jumaat.

    Sementara itu, empat lagi hilang, lapor agensi Anadolu memetik kemas kini Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi menerusi Twitter kelmarin.

    “Pelbagai agensi dan rakan kongsi negeri bekerjasama membantu dalam misi bantuan,” menurut agensi itu.

    Agensi itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan ribut yang lebih kuat serta angin kencang diramal melanda di daerah-daerah di seluruh Mississippi pada petang hari ini.

    Gabenor Tate Reeves turut mengisytiharkan darurat di daerah yang dilanda ribut.

    “Kami akan memanfaatkan segala sumber yang ada untuk membantu. Kami akan berada di sini untuk tempoh masa yang panjang,” menurut Reeves di Twitter.

    Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menulis di Twitter, “Jill dan saya berdoa untuk mereka yang kehilangan orang tersayang dalam puting beliung yang dahsyat di Mississippi dan mereka yang kehilangan orang tersayang.”

    “Kami akan melakukan segalanya membantu. Kami akan bekerjasama untuk memberi sokongan yang anda perlukan selama mana yang diperlukan,” tambah Biden. – Bernama

    Sebuah bas selepas dilanda badai di Silver City, Mississippi. – AP
    Kerosakan di Rolling Fork, Mississippi selepas di landa badai. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...