MIAMI, 14 SEPT – Sebuah ribut tropika yang terbentuk pada Jumaat di luar pantai Pasifik Mexico telah melemah menjadi ribut tropika ringan.
Namun, ribut tersebut masih berpotensi menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian negara itu, menurut peramal cuaca.
Menurut Pusat Taufan National, ribut Mario dikategorikan sebagai ‘kecil’ dan menjelang petang telah diturunkan taraf menjadi ribut tropika ringan dengan kelajuan angin maksimum 35bsj.
Kerajaan Mexico telah menamatkan amaran ribut tropika yang berkuat kuasa di beberapa kawasan negeri Michoacan.
Perkhidmatan cuaca yang berpangkalan di Miami berkata, ribut tersebut berpusat kira-kira 65 batu ke selatan-barat Manzanillo, Mexico.
Ribut tersebut dijangka bergerak menjauhi pantai secara berperingkat pada malam Jumaat hingga kelmarin sebelum mereda hari ini.
Manakala, anggaran hujan bagi negeri Jalisco adalah sekitar 1 hingga 3 inci.
Kawasan tanah tinggi berisiko mengalami banjir kilat dan keadaan berangin juga berlaku sehingga malam Jumaat di kawasan pesisir negeri Guerrero, Michoacan dan Colima. – AP


