Wednesday, July 3, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Taufan Beryl ancam keselamatan penduduk Carribean

    BRIDGETOWN, 1 JULAI – Taufan Beryl kini bergerak ke arah tenggara Caribbean dan dijangka melanda dengan angin kencang dan ombak kuat, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat.

    Ribut Kategori 3 itu kini berada kira-kira 175 kilometer tenggara Barbados.

    NHC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, Beryl yang pada mulanya dikelaskan sebagai Kategori 4, masih dianggap sebagai ‘taufan utama yang berbahaya’ ketika teras ributnya melalui Kepulauan Windward ke Caribbean timur.

    Pakar taufan, Michael Lowry, menyatakan bahawa pembentukan taufan sekuat ini pada awal musim taufan Atlantik adalah sangat jarang berlaku.

    “Hanya lima taufan utama (Kategori 3+) pernah direkodkan di Atlantik sebelum minggu pertama Julai,” katanya di platform media sosial X.

    “Beryl adalah yang keenam dan paling awal di Atlantik tropika,” tambahnya.

    Saint Vincent dan Grenadines serta Grenada kini berada pada risiko tertinggi dengan kerosakan angin yang dijangka bermula awal pagi tadi (waktu tempatan), tambah kenyataan NHC.

    Barbados, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Grenada, dan Tobago kini di bawah amaran taufan, manakala Martinique serta kawasan lain di Haiti selatan dan Republik Dominican berada di bawah pemerhatian ribut tropika.

    Tobago telah mengisytiharkan keadaan darurat dengan semua sekolah diarahkan tutup hari ini, menurut pegawai tertinggi Farley Augustine. – AFP

    Angin kencang bertiup ketika Taufan Beryl menghampiri Bridgetown, Barbados hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kebakaran gas di lombong arang batu Australia berlarutan tiga hari

    SYDNEY, 3 JULAI – Sebuah lombong arang batu utama di Australia masih mengalami kebakaran gas bawah tanah yang telah berlarutan selama tiga hari selepas...