Monday, July 8, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Taufan Beryl kembali ‘ganas’, ancam semenanjung Yucatan

    CANCUN, 5 JULAI – Semenanjung Yucatan, terkenal dengan destinasi pelancongannya, kini bersiap sedia menghadapi ancaman Taufan Beryl yang telah menguat semula menjadi Taufan Kategori 3.

    Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC), taufan itu dijangka akan mendarat hari ini (waktu tempatan) dengan angin berkelajuan 185 kilometer sejam.

    Taufan Beryl, yang sebelumnya melanda Jamaica dan Kepulauan Cayman, kini berada kira-kira 260 kilometer tenggara Tulum, bandar peranginan yang terletak dua jam pemanduan dari Cancun. Beryl telah meninggalkan kesan kemusnahan yang luas di Caribbean dan pantai Venezuela, meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa.

    Beryl mencatat sejarah sebagai taufan pertama yang mencapai tahap Kategori 4 pada Jun dan taufan pertama yang mencapai tahap Kategori 5 paling awal bulan ini, menurut rekod NHC.

    Sebagai langkah keselamatan, pengajaran di sekolah-sekolah di kawasan terlibat telah digantung dan tempat perlindungan disediakan untuk warga tempatan serta pelancong.

    Di Cancun, para penduduk telah mula mengumpul bekalan makanan dan keperluan asas, sementara hotel-hotel telah memasang papan pada tingkap sebagai persediaan menghadapi taufan.

    Lapangan Terbang Antarabangsa Cancun pula telah membatalkan sekitar 100 penerbangan domestik dan antarabangsa yang dijadualkan antara Khamis dan Jumaat sebagai langkah berjaga-jaga. – AFP

    Bendera merah kelihatan di atas pondok penyelamat di pantai menjelang ketibaan Taufan Beryl di Cancun, Negeri Quintana Roo, Mexico, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis buru lelaki tikam wanita

    SYDNEY, 8 JULAI – Polis Australia telah memulakan operasi pemburuan dengan serta-merta selepas seorang wanita maut ditikam di barat Sydney hari ini. Kira-kira jam 1:40...