Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Taufan Beryl landa Caribbean

    BRIDGETOWN, 30 JUN – Sebahagian besar kawasan tenggara Caribbean berada dalam keadaan berwaspada hari ini apabila Beryl menjadi taufan pertama musim Atlantik 2024, dengan peramal kaji cuaca memberi amaran ia akan menjadi ribut taufan.

    Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC) berkata, Beryl yang kini berpusar-pusar di Lautan Atlantik kira-kira 850 kilometer di timur Barbados, dijangka membawa ‘angin dan gelombang ribut yang mengancam nyawa’ apabila ia tiba di Kepulauan Windward awal Isnin.

    Memberi amaran ribut itu ‘semakin kuat’, NHC meramalkan ia akan menjadi ‘taufan besar yang berbahaya’ apabila ia melanda komuniti Caribbean.

    Barbados, St Lucia, St Vincent dan Grenadines dan Grenada semuanya berada di bawah amaran taufan, manakala amaran ribut tropika atau berjaga-jaga bagi kawasan Martinique, Tobago dan Dominica, kata NHC dalam nasihat terbarunya.

    Kereta dilihat berbaris di stesen minyak di Bridgetown, ibu kota Barbados, manakala pasar raya dan kedai runcit sesak dengan pembeli yang membeli makanan, air dan bekalan lain. Taufan besar dianggap Kategori 3 atau lebih tinggi pada skala Saffir-Simpson, dengan angin selaju kira-kira 179kmsj. – AFP

    Gambar menunjukkan kereta berbaris di stesen minyak sebelum taufan Beryl membadai Bridgetown, Barbados pada 29 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...