Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Bualoi ragut 34 nyawa di Vietnam

    KUALA LUMPUR, 2 OKT – Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban dan 140 lagi cedera akibat Taufan Bualoi yang melanda Vietnam, meninggalkan jejak kemusnahan serta mengakibatkan kerugian ekonomi dianggarkan berjumlah kira-kira 8.78 trilion dong.
     
    Menurut agensi berita Vietnam, VNA, taufan yang mendarat pada Isnin membawa hujan lebat, banjir, tanah runtuh dan angin kencang. Setakat 6 petang kelmarin, 20 orang masih dilaporkan hilang.
     
    Pihak Berkuasa Pengurusan Daik dan Bencana Vietnam di bawah Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar melaporkan taufan itu turut menyebabkan 153 rumah runtuh serta merosakkan atau menerbangkan bumbung 154,565 rumah yang lain.
     
    Bagi sektor pertanian, 48,714 hektar sawah padi dan tanaman lain ditenggelami air atau musnah, 13,334 hektar akuakultur rosak manakala 383,091 ternakan dan unggas mati atau dihanyutkan banjir.
     
    Di wilayah tengah Thanh Hoa, Nghe An, Ha Tinh dan Quang Tri, hampir 2.7 juta pelanggan mengalami gangguan bekalan elektrik. – Bernama
     
    Air banjir mengelilingi rumah-rumah selepas taufan Bualoi melanda komun Lam Thanh di wilayah Nghe An pada 30 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda