Taufan dijangka badai Australia

SYDNEY, 8 APRIL – Pihak berkuasa Australia hari ini menggesa penduduknya yang sedang bercuti untuk mengosongkan pesisir pantai barat negara itu yang dalam laluan taufan yang telah memusnahkan sebahagian Indonesia dan Timor Leste.

Taufan tropika Seroja dijangka menjejaskan Australia Barat lewat Ahad atau awal Isnin selepas ke selatan.

Ia diramalkan membawa ‘angin kencang dengan kelajuan 150kmsj dan hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat’ di beberapa pantai, kata Biro Meteorologi. – AFP