Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Doksuri badai China

    BEIJING, 28 JULAI – Taufan Doksuri melanda tenggara China pada pagi ini, membawa angin kencang dan hujan lebat ke kawasan pantai selepas ribut kuat melalui Taiwan dalam perjalanan dari Filipina.

    Kelajuan angin sehingga 175 kilometer sejam direkodkan ketika ribut mencapai pantai wilayah Fujian sekitar jam 10:00 pagi, kata penyiar CCTV.

    Kebimbangan potensi risiko kepada penduduk dan kemusnahan harta benda menyebabkan balai cerap cuaca negara memperbaharui ‘amaran merah’ paling teruk dalam sistem empat peringkatnya pada hari ini.

    Agensi berita negara Xinhua melaporkan ‘lebih 416,000 orang di Fujian telah dipindahkan ke tempat selamat’.

    Di Xiamen, sebuah bandar pelabuhan utama di Selat Taiwan, ribut kuat nampaknya telah merobek bumbung sebuah stesen bas dan menerbangkannya ke papan tanda berdekatan.

    Taufan Doksuri yang kuat dijangka terus bergerak ke arah barat laut di tengah China apabila kekuatannya beransur-ansur berkurangan.

    Tetapi Xinhua melaporkan bahawa ribut tersebut akan menjejaskan ‘kawasan pantai Taiwan, Fujian, Zhejiang dan Guangdong’ sehingga 8 pagi pada Sabtu.

    Pusat Meteorologi Kebangsaan China hari ini juga memperbaharui amaran jingga untuk ribut hujan merentasi kawasan luas negara itu, berkuat kuasa dari 2 petang hari ini hingga 2 petang Sabtu. – AFP

    Sebatang pokok yang tumbang kelihatan selepas Taufan Doksuri mendarat di Xiamen, timur wilayah China kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda