Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Doksuri: Penduduk diarah berpindah

    MANILA, 25 JULAI – Taufan kuat sedang menuju ke bahagian utara Filipina hari ini, menurut agensi cuaca negara itu, menyebabkan arahan berpindah dikeluarkan bagi penduduk yang tinggal berdekatan pantai yang dijangka akan menanggung kesan ribut yang kuat.

    Ribut Doksuri mampu membawa angin selaju 185 kilometer sejam ketika ia menuju bahagian utara Pulau Luzon.

    Ribut, yang dipanggil sebagai ‘Egay’ di Filipina, dijangka membawa turunan hujan atau melintasi sangat rapat dengan kepulauan Babuyan atau timur laut wilayah Cagayan menjelang esok, menurut agensi dalam siaran akhbarnya.

    Ia akan bergerak menuju Taiwan dan tenggara China.

    Penduduk di kawasan pantai di barat laut dan timur laur wilayah Cagayan telah diarahkan untuk berpindah dari kediaman mereka kerana menjangkakan ribut mungkin mencecah atau melepasi tiga meter.

    Tiga daripada lima pulau di kepulauan Babuyan tidak mempunyai berpenghuni, dan mempunyai penduduk kira-kira 20,000 orang.

    Pegawai bencana tempatan, Charles Castillejos berkata penduduk yang tinggal berhampiran pantai telah diarah untuk berpindah, manakala nelayan diberitahu untuk tidak turun ke laut.

    “Kami akan mengerahkan anggota polis untuk memujuk penduduk yang enggan berpindah,” Castillejos memberitahu AFP.

    Setiausaha Sains dan Teknologi, Renato Solidum berkata penduduk perlu bersedia menghadapi taufan kerana ‘kejadian berlaku dengan pantas’.

    “Kami perlu mengingatkan penduduk mengenai kepentingan untuk bersia sedia menghadapi ribut, angin kuat dan kemungkinan kejadian banjir,” Solidum memberitahu wartawan.- AFP

    Penduduk yang terkandas di terminal selepas perjalanan laut ditangguhkan disebabkan oleh Taufan Doksuri di Manila. Para penduduk yang tinggal berhampiran pantai telah diarahkan untuk berpindah selepas meramalkan Taufan Doksuri akan membadai negara itu.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda