Friday, April 11, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Doksuri terus bertambah kuat

    MANILA, 24 JULAI – Biro cuaca Filipina hari ini meramalkan bahawa Taufan Doksuri akan
    terus bertambah kuat dan mungkin mencecah taufan super menjelang lewat esok
    atau awal Rabu.

    Doksuri “diramalkan menjadi taufan yang sangat kuat,” kata Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina dalam buletin terbaharunya. Doksuri adalah taufan kelima yang memasuki Filipina tahun ini.

    Setakat 5 petang waktu tempatan, Doksuri dikesan kira-kira 500 kilometer (km) timur Baler, di wilayah Aurora, pulau utama Luzon. Ia bertiup ke utara-barat laut pada kelajuan 10km sejam (kmsj), membawa angin 155kmsj dan tiupan sehingga 190kmsj, kata biro cuaca.

    Biro itu mengeluarkan isyarat amaran kepada beberapa kawasan di seluruh negara, termasuk Metro Manila, disebabkan ancaman banjir dan tanah runtuh akibat hujan.

    Pengawal Pantai Filipina berkata, lebih 6,600 penumpang, pemandu trak dan pembantu kargo terkandas di Luzon dan tengah Filipina akibat cuaca buruk. Sekurang-kurangnya 49 buah kapal, 1,327 kapal kargo, dan 61 bot kecil terkandas di pelabuhan. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda