Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Dorian kini ribut Kategori 5

    MIAMI, 1 SEPT – Taufan Dorian semakin bertambah kuat menjadi ribut Kategori 5 hari ini dengan membawa angin kencang selaju 267kmsj ketika ia menghampiri pulau-pulau Abaco di Bahamas, kata peramal kaji cuaca Amerika Syarikat (AS).

    “#Dorian kini berada pada kategori #taufan 5 dengan angin kencang 267kmsj,” menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) di Miami dalam satu Twitter.

    “Kekuatan bencana taufan ini akan melanda Pulau Abaco dengan angin memusnahkan,” ujarnya. Ribut yang bergerak perlahan dijangka akan membadai Bahamas hari ini dan esok, menurunkan hujan 25 inci di beberapa kawasan dengan ribut hujan bertambah 10 hingga 15 kaki, kata peramal kaji cuaca.

    Menurut NHC, Dorian akan ‘berada dekat dengan pantai timur Florida lewat Isnin hingga Selasa’ namun tempat dan kekuatannya ia akan menyerang pantai AS belum pasti selepas ribut itu beralih haluan.

    Bagaimanapun amaran ribut tropika dikuatkuasakan di beberapa bahagian pantai Florida, menurut buletin terkini NHC. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda