Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Erick mengganas, Mexico bersiap siaga

    PUERTO ESCONDIDO, 19 JUN – Taufan Erick yang kini meningkat ke Kategori 3 sedang menghampiri pantai Pasifik Mexico dengan membawa angin kencang dan hujan lebat yang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta tanah runtuh, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat.

    Taufan bergerak ke barat laut dengan kelajuan kira-kira 15 kilometer sejam dan kelajuan angin mencecah sehingga 195 kilometer sejam.

    Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di negeri Oaxaca, Guerrero dan Chiapas agar berpindah dari kawasan rendah dan berhampiran sungai.

    Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum turut menyeru rakyat agar tidak keluar rumah.

    Sebanyak 2,000 pusat pemindahan sementara telah disediakan dan ratusan anggota tentera serta kakitangan utiliti digerakkan untuk persediaan pasca-bencana.

    Pelabuhan termasuk Acapulco telah ditutup dan sesi persekolahan digantung.

    Mexico kerap dilanda taufan antara Mei hingga November. Tahun lalu, Acapulco terjejas teruk akibat Taufan Otis dan Taufan John yang meragut puluhan nyawa. – AFP

    Pantai di bandar pelancongan popular Puerto Escondido ketika Taufan Erick menghampiri pantai Pasifik Mexico sebagai ribut Kategori 3 yang kuat di negeri Oaxaca, Mexico pada 18 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda