Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Erin: Hujan lebat landa pulau Caribbean

    WASHINGTON, 17 OGOS – Taufan Erin di luar pesisir telah diturunkan kepada Kategori 3, ketika hujan lebat melanda pulau-pulau Caribbean hari ini.

    Pihak berkuasa cuaca turut memberi amaran kemungkinan akan berlaku banjir kilat serta tanah runtuh.

    Taufan tersebut sebelum ini pernah meningkat dalam kekuatannya menjadi taufan ‘bencana’ sehingga mencecah Kategori 5 sebelum kelajuan anginnya menurun.

    Taufan tersebut turut dijangka akan membadai beberapa pulau Caribbean dengan hujan lebat dan angin kencang, tetapi tidak membahayakan kawasan daratan.

    Menurut Pusat Taufan Nasional (NHC) yang berpangkalan di Miami, taufan Erin kini berada kira-kira 140 batu dari utara San Juan, Puerto Rico, dengan kelajuan angin maksimum berterusan pada 125 batu sejam. – AFP

    Gambar ini menunjukkan ombak deras di pantai La Pared ketika Taufan Erin Kategori 5 menghampiri pulau Luquillo, Puerto Rico pada 16 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda