Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Fung-wong bakal memasuki Laut China Selatan

    GUANGZHOU, 10 NOV – Wilayah Guangdong di selatan China mengaktifkan tindak balas kecemasan angin tahap 4 pada 10 pagi hari ini selepas Taufan Fung-wong memasuki Laut China Selatan.

    Ramalan cuaca menunjukkan taufan itu dijangka memberi kesan ketara kepada perairan pesisir Guangdong dalam beberapa hari akan datang.

    Menurut pihak berkuasa meteorologi Guangdong, Taufan Fung-wong, taufan ke-26 pada tahun ini dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan kira-kira 30 kilometer sejam dan memasuki bahagian timur Laut China Selatan hari ini.

    Manakala, turut dijangka esok dan Rabu, kawasan di bahagian timur Guangdong akan mengalami hujan ringan hingga lebat akibat sistem awan luar Taufan Fung-wong.

    Ibu pejabat kawalan banjir, kemarau dan angin wilayah Guangdong menggesa semua kawasan dan jabatan berkaitan agar mempertingkat sistem ramalan dan amaran awal, segera mengaktifkan tindak balas kecemasan serta melaksanakan semua langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda penduduk.

    China mempunyai sistem tindak balas kecemasan empat peringkat bagi taufan, dengan Tahap I adalah yang paling serius. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda