Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Halong landa barat Alaska, ragut satu nyawa

    ALASKA, 16 OKT – Taufan kuat dinamakan Halong melanda barat Alaska hujung minggu lalu, meragut satu nyawa dan memaksa lebih 1,500 penduduk berpindah, lapor agensi Anadolu.
     
    Pihak berkuasa berkata hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan banjir teruk di beberapa kawasan pesisir pantai. Seramai 51 orang diselamatkan daripada paras air yang meningkat, manakala seorang mangsa ditemukan maut selepas dihanyutkan arus.
     
    Pegawai melaporkan beberapa rumah tercabut daripada asasnya dan dihanyutkan air banjir, manakala beberapa perkampungan pula ditenggelami air sepenuhnya. Pusat perlindungan kecemasan dibuka dan penduduk yang dipindahkan ditempatkan di bandar serta pekan berdekatan. – Bernama
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs