HOUSTON, 28 Ogos – Banjir besar ekoran taufan Harvey mengakibatkan Houston – bandar keempat terbesar di AS semakin terpencil semalam ketika lapangan terbangnya dan juga lebuh rayanya ditutup dan para penduduk diselamatkan dengan bot dari rumah mereka yang ditenggelami air.
Dua lapangan terbang utama bandar itu menangguhkan semua penerbangan komersial dan dua buah hospital terpaksa memindahkan para pesakit. Sebuah stesen televisyen tempatan juga terpaksa menghentikan penyiarannya.
Kira-kira tiga orang terkorban setakat ini, dengan laporan tentang kematian atau kecederaan lain masih tidak dapat disahkan. Apabila malam tiba, penyelamatan dramatik, kadang-kadang oleh para sukarela dengan menggunakan bot mereka sendiri, masih dijalankan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)