Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Humberto ancam Lautan Atlantik, amaran taufan dikeluarkan

    MIAMI, 25 SEPT – Taufan Tropika Humberto terbentuk di Lautan Atlantik kelmarin ketika Taufan Gabrielle sedang bergerak pantas merentasi lautan menuju ke kepulauan Azores, menurut ramalan cuaca.

    Amaran taufan telah dikeluarkan bagi kepulauan gunung berapi itu yang dijangka mengalami keadaan berbahaya akibat Gabrielle seawal hari ini, kata Pusat Taufan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami.

    Ramalan menunjukkan ribut itu akan melemah, tetapi masih berpotensi menyebabkan banjir besar di kawasan pesisir kepulauan tersebut serta ombak besar yang merosakkan dan dijangka membawa hujan sehingga 5 inci di kawasan tengah dan barat Azores.

    Di Atlantik Utara, Gabrielle berada kira-kira 855 batu ke barat Azores lewat Rabu. Ia mencatatkan kelajuan angin maksimum berterusan 85 batu sejam dan bergerak ke arah timur pada kelajuan 31 batu sejam.

    Manakala, Taufan Tropika Humberto pula berada kira-kira 505 batu timur-timur laut Kepulauan Leeward utara dengan kelajuan angin maksimum berterusan 45 batu sejam, kata pusat cuaca itu.

    Gambar satelit yang disediakan oleh NOAA ini menunjukkan Taufan Tropika Humberto di Lautan Atlantik pada 24 September. – AP

    Humberto dijangka memberi kesan kepada pantai timur AS dengan kelajuan angin 39 batu sejam dalam tempoh lima hari akan datang.

    Di Lautan Pasifik, Taufan Narda sedang bergerak menjauhi Mexico, kata peramal cuaca. Ia mencatatkan kelajuan angin maksimum sekitar 90 batu sejam lewat kelmarin.

    Narda berada kira-kira 580 batu selatan-tenggara hujung selatan Semenanjung Baja California, Mexico, dan bergerak ke arah barat pada kelajuan 10 batu sejam.

    Namun, tiada amaran atau pemantauan pantai dikeluarkan kerana taufan itu dijangka terus bergerak lebih jauh dari pesisir.

    Gelombang laut yang dijana Narda dijangka membawa ombak besar dan keadaan arus berbahaya ke beberapa bahagian pesisir Mexico, kata peramal cuaca.

    Taufan itu turut dijangka melemah dalam tempoh sehari dua akan datang, tetapi bertambah kuat semula bermula hari ini sehingga esok. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda