Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Idalia beri impak besar ke atas Cuba

    HAVANA, 31 Ogos – Taufan Idalia yang mendarat pada tahap ribut Kategori 3 di Florida Amerika Syarikat pada Rabu, mencetuskan impak besar di bahagian barat Cuba, lapor Xinhua.

    Menurut laporan televisyen kerajaan lebih 300,000 pengguna di wilayah barat Cuba terputus bekalan elektrik.

    Di Pinar del Rio, wilayah yang paling teruk dilanda taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat, menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh, termasuk keroskan lebih 20 bangunan sekolah.

    Selain itu, ratusan penduduk di kawasan rendah di wilayah Artemisa, masih berada di tempat perlindungan, menurut agensi berita Cuba, ACN.

    Lebih 300 hektar tanaman di wilayah barat Mayabeque turut rosak, kata pihak berkuasa tempatan.

    Tiga cedera akibat runtuhan rumah di Havana yang merupakan bandar paling ramai penduduk di pulau itu, lapor akhbar harian, Tribuna de La Habana.

    Hampir setahun lepas, Taufan Ian Kategori 3 melanda wilayah Pinar del Rio di barat Cuba, menyebabkan kemusnahan meluas.

    1 Jun hingga 30 November merupakan musim taufan Atlantik. – Bernama

    Imej udara menunjukkan runtuhan sebuah rumah dilihat selepas dilanda Taufan Idalia di komuniti Signal Cove di Hudson, Florida pada 30 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda