Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Kajiki: Wilayah pulau Hainan keluar amaran tertinggi

    HAIKOU, 24 OGOS – Wilayah kepulauan Hainan di selatan China menaikkan tahap tindak balas kecemasannya ke paras tertinggi pada pagi tadi ketika Taufan Kajiki semakin menghampiri.

    Sehingga 8 pagi, taufan yang membawa angin kencang sehingga 38 meter sesaat itu berada kira-kira 210 kilometer di tenggara bandar peranginan Sanya. 

    Ia dijangka semakin kuat dan bergerak ke arah pantai selatan Hainan, serta diramal melanda daratan atau melepasi berhampiran pantai pada petang atau malam ini.

    Pihak berkuasa memindahkan seramai 20,728 orang dari kawasan berisiko. 

    Semua 30,769 bot nelayan tempatan telah kembali ke pelabuhan, manakala lebih 21,000 kru telah dipindahkan ke darat.

    Hainan juga menyediakan lebih 770,000 barangan bekalan kecemasan untuk kawasan berisiko, sementara lebih 2,800 anggota penyelamat dilaporkan bersiap sedia dengan kenderaan dan peralatan.

    Bandar Sanya melaksanakan pelbagai langkah pencegahan termasuk menangguhkan sesi persekolahan, kerja, operasi perniagaan, pengangkutan awam dan perkhidmatan perkapalan, selain menutup kawasan tarikan pelancong.

    Penduduk turut dinasihatkan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu, menjauhi kawasan rendah, serta pantai dan berwaspada terhadap kemungkinan bencana alam. – Bernama

    Envato

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda