Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Kalmaegi bantu dedahkan bangkai kapal bersejarah

    HOI AN, 10 NOV – Hakisan pantai teruk yang disebabkan oleh Taufan Kalmaegi telah dedahkan bangkai kapal berusia berabad-abad di Vietnam, memberikan sedikit peluang untuk pakar mengkaji penemuan penting dari segi sejarah.

    Ditemui pada 2023 di luar pantai Hoi An, kapal sekurang-kurangnya sepanjang 17.4 meter dengan binaan kayu yang berat dan masih kuat terselamat ratusan tahun telah tenggelamkan semula sebelum pihak berkuasa dapat mengkaji sepenuhnya.

    Pakar masih belum dapat tentukan tarikh bangkai kapal itu tetapi penemuan awal menunjukkan ia dibina antara abad ke-14 dan ke-16 pada masa Hoi An menjadi pusat perdagangan serantau yang berkembang maju dalam sutera, seramik dan rempah ratus.

    “Kami sedang membuat persediaan untuk memohon penggalian kecemasan (permit),” kata Pham Phu Ngoc, pengarah Pusat Pemeliharaan Warisan Budaya Dunia Hoi An, kepada AFP hari ini selepas bangkai kapal itu muncul semula selepas Taufan Kalmaegi melanda minggu lalu.

    “Penemuan kapal purba ini merupakan bukti jelas peranan sejarah penting Hoi An dalam perdagangan serantau,” katanya, sambil menambah lebih banyak bahagian kapal telah ditemui terdedah dan dapat, ” memberi kami lebih banyak maklumat” kali ini.

    Sepasukan pakar dari pusat pemeliharaan Hoi An, Universiti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Bandar Raya Ho Chi Minh dan sebuah muzium tempatan meninjau bangkai kapal itu tahun lalu.

    Selain anggaran usia kasar, mereka mendapati ia diperbuat daripada, “kayu yang tahan lama dan berkekuatan tinggi” dan diperkukuh dengan bahan kalis air untuk menutup sambungannya.

    “Struktur kapal menunjukkan bahawa ia mampu melakukan pelayaran jarak jauh. Kemungkinan besar digunakan untuk perdagangan maritim atau operasi tentera laut,” kata pusat Hoi An dalam satu kenyataan terdahulu.

    Peninggalan itu berisiko mengalami, “kemerosotan serius tanpa tindakan pemuliharaan segera” memandangkan hakisan pantai yang teruk dan kerapnya kapal terdedah kepada keadaan cuaca yang teruk, katanya.

    Karam kapal itu masih jelas kelihatan hari ini dengan orang ramai berkumpul untuk melihat rangkanya yang menarik. – AFP

    Bangkai kapal berusia berabad-abad yang ditemui selepas Taufan Kalmaegi melanda pantai Hoi An di tengah Vietnam kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda