Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Khanun dijangka landa Okinawa

    SEOUL, 6 OGOS – Taufan Khanun diramal melanda wilayah tenggara Korea Selatan akhir minggu ini, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) hari ini.

    KMA menyeru negara itu untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap hujan lebat.

    Taufan itu dijangka membadai timur laut Okinawa Jepun pada 9 pagi dan sedang bergerak 190 kilometer dari pantai timur laut, lapor agensi berita Yonhap, memetik agensi cuaca.

    Ia diramal menghala ke utara ke arah pantai tenggara Semenanjung Korea pada Khamis, dengan kelajuan angin maksimum sehingga 115 kilometer sejam, kata KMA.

    Taufan itu juga dijangka melanda kebanyakan bahagian di Korea Selatan, kecuali pantai barat daya Wilayah Jeolla Selatan, menurut KMA. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda