Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Matmo ragut 8 nyawa di Vietnam

    HANOI, 9 OKT – Hujan lebat dan banjir yang dicetuskan oleh Taufan Matmo mengorbankan lapan orang dan mencederakan lima yang lain di Vietnam, menurut pihak berkuasa negara itu kelmarin.

    Lebih 15,700 rumah dilanda banjir dan lebih 400 lagi rosak, manakala lebih 14,600 hektar tanaman padi dan hasil pertanian lain turut ditenggelami air, menurut agensi berkenaan.

    Selain itu, lebih 97,000 ternakan dan ayam itik dilaporkan mati atau dihanyutkan air, sementara banjir, tanah runtuh dan gangguan lalu lintas berlaku di 602 lokasi di wilayah pergunungan utara serta kawasan utara-tengah negara itu.

    Selasa lalu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh mengeluarkan arahan segera supaya usaha dipertingkat untuk mencegah banjir kilat dan tanah runtuh serta memastikan keselamatan penduduk di kawasan terjejas, menurut laporan itu. – Bernama 

    Perkampungan That Khe yang dilanda banjir selepas hujan lebat akibat Taufan Matmo di wilayah Lang Son kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda