Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Nari landa pantai Hokkaido, Jepun

    TOKYO, 15 JULAI – Taufan Nari melintasi pantai Hokkaido hari ini, menjadikannya taufan pertama yang melanda pulau utama utara Jepun itu sejak 2016, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.

    Taufan kelima tahun ini membadai kawasan berhampiran Tanjung Erimo di bahagian selatan Hokkaido kira-kira 2 pagi waktu tempatan, sekali gus mencatatkan kejadian pertama taufan di Hokkaido pada Julai sejak rekod bermula pada 1951, menurut agensi cuaca itu.

    Sistem taufan itu terbentuk hujung minggu lepas, kira-kira 200 kilometer (km) di selatan Pulau Chichijima di Lautan Pasifik, bergerak sepanjang bahagian timur kepulauan Jepun sebelum menghampiri Hokkaido dan bertukar menjadi siklon tropika kuat pada 9 pagi waktu tempatan.

    Pegawai kaji cuaca menyeru penduduk agar terus berwaspada terhadap angin kencang di Hokkaido, dengan kelajuan maksimum sehingga 87.48km sejam direkodkan di Bandar Kushiro. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda