Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Taufan Noru tagih 6 nyawa

    MANILA, 26 SEPT – Enam anggota penyelamat dilaporkan maut selepas Taufan Noru melanda wilayah Bulacan dan Manila, mencetuskan kejadian banjir dan memaksa ramai berpindah.

    Gabenor wilayah Bulacan, Daniel Fernando berkata lima anggota penyelamat maut ketika membantu penduduk yang terperangkap akibat banjir, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Noru melanda kawasan pantai di bandar Burdeos, wilayah Quezon petang Ahad, sebelum melemah. 

    Seramai 74,000 orang berjaya dipindahkan. Manakala pokok tumbang, bekalan kuasa terputus dan banjir di kawasan rendah menjejaskan sebahagian besar Luzon kelmarin dan hari ini.

    Belum ada laporan setakat ini bagi kerosakan teruk ke atas bangunan akibat taufan itu yang melanda negara itu sebagai taufan super.

    Lima orang mengalami kecederaan ringan dan beberapa yang lain masih hilang, kata pegawai.

    Penduduk mengharungi jalan banjir akibat Taufan Noru di bandar San Miguel, wilayah Bulacan, Filipina, 26 Sept. Enam orang maut akibat taufan itu yang turut mencetuskan banjir, bekalan kuasa terputus dan memaksa ribuan berpindah. – AP

    Sementara itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos mengarahkan penutupan sekolah, sektor kerajaan dan pasaran saham sehingga hari ini. 

    Beliau juga merayu bantuan dan keperluan segera disalurkan ke kawasan paling terjejas teruk.

    Rakaman dari udara semasa lawatan Marcos mendapati tengah Luzon ditenggelami air dan sungai-sungainya melimpahi tebing serta kawasan pertanian juga ditenggelami air.

    Pegawai menganggarkan kerosakan pertanian berjumlah 141 juta peso (AS$2.4 juta).

    Noru ialah taufan paling kuat melanda negara itu tahun ini, dengan kelajuan antara 195kilometer sejam (km/j) hingga 240km/j pada Ahad.

    Taufan itu juga dilaporkan bergerak ke barat timur laut dengan kelajuan 30 km/j hari ini. 

    Pada Rabu (28 Sept), Noru dijangka mendarat di wilayah tengah Vietnam. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...