LISBON, 17 Okt – Britain dan Ireland bersiap sedia berdepan serangan Taufan Ophelia, terbesar pernah direkodkan di timur Lautan Atlantik, hari ini.
Taufan itu sebelum ini membawa hujan lebat di kepulauan Azores, Portugal.
Ophelia yang melintasi gugusan Azores semalam, diklasifikasikan taufan kategori 3, membawa angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 178 kilometer sejam.
Pihak berkuasa berkata, walaupun kekuatannya semakin lemah ketika menghampiri Ireland dan Britain, ia cukup kuat merosakkan bangunan dan mencetuskan keadaan laut bergelora serta potensi banjir.
Ophelia ialah taufan ke-15 dalam senarai taufan musim 2017 Atlantik, dijangka berlarutan hingga akhir November. – AFP
Klik di sini untuk berita lanjut.