Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Peipah: Hujan lebat dijangka landa barat Jepun

    TOKYO, 4 SEPT – Taufan Peipah dijangka menghampiri barat Jepun termasuk Kyushu, dengan kemungkinan membadai daratan dan membawa hujan lebat hujung minggu ini.

    Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan setakat 6 pagi tadi waktu tempatan, Peipah bergerak ke arah utara dengan kelajuan 30 kilometer sejam, disertai angin kencang sehingga 90 kilometer sejam, menurut JMA.

    Hujan lebat luar biasa sudah pun melanda selatan Kyushu.

    Dalam tempoh 24 jam sehingga 6 pagi Jumaat, jumlah hujan dijangka mencecah 300 milimeter di wilayah Shikoku, 200 milimeter di utara dan selatan Kyushu, serta 180 milimeter di wilayah Tokai di tengah Jepun, menurut JMA.

    Pegawai kaji cuaca memberi amaran risiko tanah runtuh, banjir di kawasan rendah, limpahan sungai, angin kencang, ombak besar, selain ancaman petir dan puting beliung. – Bernama

    Pejalan kaki menghadapi cuaca buruk ketika kesan Taufan Peipah mula dirasai di barat Jepun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda