Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Podul makin kuat, hampiri Taiwan

    KAOHSIUNG, TAIWAN, 13 OGOS – Ribuan penduduk berlindung dan nelayan menambat bot mereka di kawasan selatan Taiwan hari ini selepas Taufan Podul yang semakin kuat kini menghampiri pulau itu.

    Menurut ramalan Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA), taufan tersebut mencatat kelajuan angin 155 kilometer sejam (km/j) di pusatnya dan ‘sedang menguat’,” kata jururamalan Lin Ting-yi kepada AFP.

    Podul dijangka melanda Daerah Taitung yang kurang berpenduduk sekitar tengah hari sebelum melintasi pulau itu dan bergerak ke Selat Taiwan.

    “Kami bimbang tentang taufan ini,” kata nelayan Kaohsiung, Huang Wei kepada AFP sambil menambahkan tali yang digunakan untuk mengikat botnya dan memeriksa bot lain.

    “Kami sudah membuat persiapan umum untuk menghadapi taufan semalam, tetapi pagi ini saya bangun dan melihat laporan berita bahawa taufan ini telah menguat sehingga sama kuat dengan yang terakhir, (Taufan) Krathon,” kata Encik Huang.

    “Kali terakhir, dua bot di belakang kami tidak diikat dengan betul dan melanggar bot saya.”

    Lebih 5,500 orang sudah dipindahkan dari rumah masing-masing menjelang ketibaan Podul, menurut pegawai pengurusan bencana pada Rabu, dengan taufan itu mengancam untuk membadai kawasan tengah dan selatan yang masih lagi dalam proses pemulihan sejak dibadai ribut bulan lalu.

    Kawasan pergunungan di Bandar Kaohsiung dan daerah berdekatan, Pingtung, serta daerah Hualien dan Taitung, dijangka mengalami hujan lebat, menurut CWA.

    Semua penerbangan domestik di seluruh wilayah, dengan penduduk seramai 23 juta orang itu, dibatalkan. Begitu juga dengan puluhan penerbangan antarabangsa yang lain.

    Banyak perkhidmatan feri turut digantung. Perniagaan serta sekolah di kawasan selatan juga ditutup. – AFP

    Gambar menunjukkan ombak yang dijana oleh Taufan Podul di sepanjang pantai di Kaohsiung hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda