BANDAR RAYA MEXICO, 24 OKT – Taufan Rick bertambah kuat ketika ia mara ke pantai Pasifik Mexico kelmarin dan berisiko menjadi taufan besar, kata Pusat Taufan Nasional AS (NHC).
Pada jam 12 malam kelmarin, Rick berada 265km dari Zihuataneji dan 305km dari Acapulco, kedua-dua bandar di negeri Guerrero di selatan Mexico dan bergerak pada kelajuan 8 kilometer sejam menurut NHC.
“Rick diramalkan menjadi taufan kuat apabila ia tiba di pantai selatan Mexico malam ini atau esok (Isnin), dan ribut mengancam nyawa serta dijangka angin berkekuatan taufan,” kata pusat itu dalam kenyataan. – AFP