Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Super Yagi badai selatan China

    HONG KONG, 6 SEPT – Taufan Super Yagi menghentam pulau Hainan di selatan China hari ini, membawa angin dengan kelajuan lebih 230 kilometer sejam dalam apa yang dijangka menjadi ribut paling kuat melanda wilayah itu dalam tempoh lebih 10 tahun.

    Wilayah Hainan telah memindahkan lebih 400,000 orang sebelum ribut dijangka mendarat, manakala puluhan ribu bersiap sedia untuk mencari perlindungan di negara jiran Vietnam.

    Yagi telah mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa di Filipina minggu ini ketika ia masih diklasifikasikan sebagai ribut tropika, mengakibatkan banjir dan tanah susur di pulau utama Luzon sebelum meningkat menjadi taufan super sejak beberapa hari lalu.

    Ribut itu melanda China hari ini di sepanjang pantai Hainan, destinasi percutian popular, dan wilayah jiran Guangdong pada jam 4:20 petang waktu tempatan, kata agensi berita Xinhua yang dikendalikan oleh kerajaan, memetik pihak berkuasa. Taufan itu ‘bersamaan dengan hurikan Kategori 4’, menurut NASA Earth Data. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda