TOKYO, 14 Sept – Satu taufan kuat melanda pulau-pulau selatan Jepun hari ini, mengumpul angin sehingga 252 kilometer sejam dan menyebabkan ribuan orang tanpa kuasa elektrik apabila ia bergerak menuju tanah utama.
Pihak berkuasa memberi amaran akan kejadian tanah runtuh dan ombak tinggi apabila Taufan Talim itu melanda rangkaian pulau selatan Okinawa, menurunkan hujan lebat berterusan yang paling banyak dalam masa 24 jam sejak 50 tahun di bandar Miyako.
Menurut jabatan Kuasa Elektrik Okinawa, lebih daripada 18,000 rumah tanpa elektrik di Miyako, tempat tinggal kepada kira-kira 54,000 orang beberapa 1,840 kilometer dari barat daya Tokyo.
Agensi Kaji cuaca Jepun berkata taufan itu dijangka menghampiri pulau Kyushu pada pagi Ahad.
Media tempatan berkata taufan itu dijangka membuat perjalanan menuju pulau utama Jepun termasuk Tokyo keesokan harinya.
Ribut-ribut gergasi sering melanda Jepun dengan 22 orang terbunuh apabila Taufan Lionrock menghempas negara itu September lepas.
Bulan lepas, Taufan Noru membunuh dua orang dan mencederakan 51 yang lain. – AFP