KAGOSHIMA, Jepun, 30 Sept – Satu taufan kuat bergerak menuju Jepun hari ini, selepas mencederakan berpuluh orang di pulau-pulau wilayah selatan, tatkala pegawai cuaca mengingatkan bahawa angin kencang dan hujan lebat mungkin mencetuskan tanah runtuh dan banjir.
Taufan Trami telah menjejas perjalanan di ekonomi ketiga terbesar dunia itu, dengan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di barat Jepun digantung, lebih daripada 1,000 penerbangan dibatalkan disebabkan penutupan sebuah lapangan terbang utama dan perkhidmatan kereta api pada waktu malam di Tokyo dibatalkan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)