Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Tropika Franklin landa Mexico

    MEXICO CITY, 8 Ogos – Taufan Tropika Franklin melanda semenanjung Yucatan, Mexico lewat semalam, menurunkan hujan lebat di beberapa bahagian pantai pelancongan utama negara itu.

    Franklin melanda sekitar 0345 GMT pada Selasa kira-kira 350km ke selatan pantai peranginan Cancun, Pusat Hurikan Kebangsaan (NHC) berpusat di Miami melaporkan.

    NHC member amaran hujan lebat dan banjir kilat akan berlaku di seluruh semenanjung itu dan di Belize pada berita buletin 0600 GMTnya.

    Taufan itu membawa angin maksimum 60kmsj dan bergerak ke arah barat pada 14 batu sejam.

    Franklin dijangka menyeberangi semenanjung dan bertambah kuat ketika ia muncul di Teluk Campeche pada Rabu. Di Belize, pihak berkuasa memberi amaran bekalan kuasa kemungkinan besar terjejas, khususnya di kawasan utara hampir dengan Mexico. – AFP

    Penduduk tempatan kelihatan di pantai Tulum sebelum ketibaan taufan tropika Franklin di Quintana Roo, Mexico. Satu amaran oren dikeluarkan bagi taufan itu semalam. – AFP
    Penduduk tempatan kelihatan di pantai Tulum sebelum ketibaan taufan tropika Franklin di Quintana Roo, Mexico. Satu amaran oren dikeluarkan bagi taufan itu semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda