Wednesday, July 23, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Wipha cetus angin kencang, hujan lebat

    HANOI, 22 JULAI – Taufan Tropika Wipha melanda utara Vietnam hari ini, menyebabkan angin kencang dan hujan lebat ke sebahagian wilayah utara dan tengah negara itu.

    Taufan itu melanda pada jam 10 pagi dengan angin berkelajuan maksimum 102 kilometer sejam, menurut pegawai cuaca tempatan. Selepas mendarat, ia mula bergerak ke barat daya.

    Wipha diklasifikasikan sebagai taufan kelmarin ketika berada di kawasan terbuka, tetapi menjadi lemah dan kemudian beralih kepada ribut tropika sebelum sampai ke darat.

    Taufan itu menyekat kuasa elektrik di bahagian Wilayah Hung Yen, timur Hanoi. Para penduduk bergegas ke stesen minyak untuk membeli bahan api bagi generator, lapor media kerajaan.

    Jalan-jalan di ibu kota, Hanoi, hampir kosong ketika ribut bergerak ke pedalaman.

    Kebanyakan perniagaan ditutup dan kerajaan bandar telah menasihatkan penduduk supaya berada di rumah dan mengosongkan bangunan yang tidak stabil atau di kawasan yang mudah dilanda banjir.

    “Jika taufan itu berisiko, orang ramai tidak sepatutnya keluar kerana ia akan berbahaya di jalan raya dan terdapat juga peluang banjir,” kata seorang pemandu teksi di Hanoi, Minh Doan.

    Manakala penerbangan dibatalkan di seluruh utara Vietnam dan lapangan terbang di bandar pelabuhan Hai Phong dan wilayah Quang Ninh ditutup.

    Hampir 150,000 hektar ladang akuakultur dan lebih 20,000 sangkar ikan terapung berisiko dilanda banjir dan angin kencang, menurut media kerajaan. – AFP

    Gambar menunjukkan awan gelap di Hanoi pada 22 Julai ketika Taufan Wipha melanda Vietnam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda