Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Yagi: ADB lulus geran AS$2 juta bantu Vietnam

    MANILA, 27 SEPT – Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini berkata bahawa ia meluluskan geran AS$2 juta untuk membantu Vietnam menyediakan perkhidmatan kecemasan dan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas akibat Taufan Yagi di wilayah utara negara itu, lapor Xinhua.

    Yagi, taufan terkuat yang melanda Vietnam dalam beberapa dekad, mendarat di pantai utara negara itu pada 7 September. Sehingga Selasa, 337 orang terbunuh atau dilaporkan hilang, dan 1,935 yang lain cedera, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Vietnam.

    Taufan dan banjir serta tanah runtuh seterusnya menyebabkan kerosakan meluas di 26 wilayah, dengan dianggarkan 37 juta orang tinggal di kawasan yang terjejas. Kerugian ekonomi awal di seluruh utara Vietnam dianggarkan sekitar AS$2.6 bilion.

    Geran itu disediakan oleh Dana Tindak Balas Bencana Asia Pasifik, yang bertujuan untuk menyokong ahli pembangunan ADB yang terjejas oleh bencana besar yang dicetuskan oleh bencana alam. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda