Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Yagi ragut 14 nyawa di Vietnam

    HA LONG, 8 SEPT – Taufan Yagi menjadi lemah dan berubah kepada ribut tropika hari ini, selepas membunuh 14 orang, memusnahkan bumbung bangunan, menenggelamkan bot dan mengakibatkan tanah susur di seluruh Vietnam.

    Taufan itu telah meninggalkan jejak kemusnahan dan membunuh lebih 20 orang di selatan China dan Filipina sebelum ia membadai Vietnam.

    Empat sekeluarga terbunuh hari ini selepas hujan lebat menyebabkan lereng bukit runtuh dan menghempap sebuah rumah di wilayah pergunungan Hoa Binh di utara Vietnam, menurut media kerajaan.

    Sejak Jumaat, 10 orang yang lain terbunuh dalam insiden berkaitan ribut, di mana beberapa orang dihempap ​​pokok yang tumbang atau dilanggar bot yang hanyut, menurut agensi pengurusan bencana Kementerian Pertahanan.

    Pada petang hari ini, enam orang lagi, termasuk anak damit yang baru lahir dan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun, terbunuh dalam tanah susur di Pergunungan Hoang Lien Son di barat laut Vietnam.

    Tanah susur dicetuskan hujan lebat dan angin kencang selepas Yagi mendarat kelmarin, namun pihak berkuasa belum mengaitkan kematian tersebut dengan ribut itu.

    “Kami menemui enam mayat, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dan anak damit yang baru lahir dalam runtuhan tanah,” kata pegawai tempatan dari jawatankuasa rakyat Sapa, yang enggan namanya didedahkan, kepada AFP.

    “Hujan lebat telah melemahkan tanah dan mengakibatkan tanah susur.” – AFP

    Seorang wanita mengumpul serpihan di jalan yang sebahagiannya ditenggelami air selepas Taufan Yagi melanda Hai Phong, Vietnam, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda