MANILA, 31 Okt – Anggota-anggota penyelamat telah mengeluarkan empat mangsa yang terselamat dan tiga mayat dan beberapa mangsa lagi masih hilang selepas kejadian tanah runtuh menjejaskan dua bangunan kerajaan di wilayah pergunungan utara Filipina, menurut pihak berkuasa hari ini.
Ketua Penguasa Polis wilayah, Rolando Nana berkata sekurang-kurangnya 18 orang lagi masih hilang akibat tanah runtuh yang berlaku di bandar Natonin.
Tanah dan batuan yang susur di atas jalan raya menuju ke Natonin melambatkan lagi usaha anggota-anggota penyelamat untuk masuk dan membawa jentera-jentera berat.
Pegawai respons bencana Jennifer Pangket berkata berkemungkinan angka mangsa yang terperangkap dalam tanah runtuh berikutan taufan Yutu yang telah berlaku di wilayah tersebut kelmarin boleh meningkat sehingga 24 orang, di mana sekurang-kurangnya sembilan orang telah terkorban sebelum ini. – AP