Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Tauke garu kepala, pekerja kerap berhenti

    Salam kepada semua pembaca. Saya ingin meluahkan mengenai masalah yang sering saya hadapi selaku pemilik perniagaan.

    Alhamdulillah, saya sudah menjalankan perniagaan kedai makan selama enam tahun.

    Sudah menjadi niat saya sebelum membuka kedai dahulu bahawa saya akan mengutamakan orang-orang tempatan bekerja kerana bagi saya, saya seperti mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang bakti kepada bangsa.

    Tetapi, yang mendukacitakan saya selaku pemilik perniagaan, rata-rata mereka ini tidak kekal lama bekerja. Mungkin dalam 10 orang, lapan orang akan bertahan dalam masa kurang enam bulan.

    Saya faham gaji yang ditawarkan ini tidak setinggi bekerja di dalam pejabat dan ada yang mendapat tawaran kerja di tempat lain.

    Gambar Unsplash

    Saya sudah cuba untuk bersikap tidak terlalu keras contohnya mereka bebas untuk memilih pukul berapa mereka hendak rehat.

    Tetapi usaha sebegitu tidak cukup untuk mengekalkan mereka bekerja di kedai saya.

    Lebih memeningkan, ada yang memberikan notis berhenti kurang daripada tempoh yang dipersetujui dengan alasan tempat kerja baharu memerlukan khidmat mereka dengan segera.

    Tindakan sebegini pastinya mengganggu operasi seharian saya kerana kekurangan pekerja dan untuk mencari pengganti ini memerlukan masa.

    Saya harap kepada semua agar fahamilah keadaan kami sebagai pemilik perniagaan. Sekian terima kasih

    Haji Abdul Rahman

    NASIHAT DANG MP

    Terima Kasih kepada Tuan Haji Abdul Rahman kerana menceritakan pengalaman awda.

    Terutama sekali Dang MP ucapkan tahniah atas kejayaan tuan menjalankan perniagaan kedai makan yang telah bertahan selama enam tahun. Sudah tentulah awda telah mengalami pelbagai pengalaman pahit dan manis dalam menguruskannya.

    Sebagai pemilik perniagaan yang juga berusaha untuk membantu komuniti tempatan.

    Memang bukan mudah untuk mengekalkan pekerja, lebih-lebih lagi dalam perniagaan yang memerlukan komitmen tinggi dan kerja keras. Namun, Dang MP percaya awda sudah melakukan yang terbaik dengan memberikan kebebasan dan fleksibiliti kepada para pekerja. Dalam menangani masalah ini, mungkin apa yang perlu dipertimbangkan adalah mencari cara untuk meningkatkan kepuasan dan motivasi pekerja. Bukan hanya daripada segi gaji, tetapi juga suasana kerja dan penghargaan terhadap usaha mereka.

    Mungkin awda boleh cuba pendekatan seperti memberi insentif berasaskan prestasi atau memperkenalkan peluang kenaikan pangkat.

    Ini dapat memberikan pekerja rasa lebih dihargai dan bertanggungjawab. Adakanlah sesi mesyuarat dengan lebih kerap dengan mereka untuk mendapatkan maklum balas, pendapat atau mendengar sebarang perkongsian yang boleh mendatangkan manfaat kepada pihak majikan dan pekerja.

    Selain itu, awda juga boleh mempertimbangkan untuk memberi latihan tambahan kepada pekerja agar mereka merasa lebih yakin dengan tugas mereka. Dengan cara ini, mungkin mereka akan lebih setia untuk bekerja dengan lebih lama.

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pogba sedia buat penampilan untuk Monaco

    Pusat urut simpan rahsia gelap

    Ariana Grande berehat panjang?

    Berita Berkaitan

    Kes kematian di tempat kerja meningkat

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV –...

    ‘Dia sangat merendah diri’ – layanan baik Fazura dipuji

    Gelagat aktres jelita, Nur Fazura menyapa seorang pekerja wanita...

    Bantu kesan 2 pesalah buruh

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Pasukan Polis Diraja...

    Kegiatan agensi pekerjaan tanpa lesen, dua individu didenda

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV –...

    Terkini

    Pogba sedia buat penampilan untuk Monaco

    PARIS, 21 NOV – Paul Pogba dijangka akan kembali...

    Pusat urut simpan rahsia gelap

    Oleh Aqilah HMS -  Di tengah bandar yang sibuk dan...

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...