Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Sempena tiga tahun penubuhannya, Mobile World Enterprise menawarkan promosi jualan hebat pada hari ini. Promosi jualan sehari itu terhad untuk beberapa unit sahaja dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Menurut Mobile World, promosi ini adalah antara inisiatif syarikat untuk memberi penghargaan kepada pelanggan tetapnya yang selama ini telah memberikan sokongan berterusan.
Sempena sambutan penubuhannya, Mobile World juga telah mengadakan Sambutan Hari Raya untuk anak-anak yatim bagi Daerah Tutong, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Mobile World menyerahkan sumbangan berupa hadiah sagu hati dan kewangan seramai 30 orang anak yatim selain disajikan juadah Hari Raya dan sesi beramah mesra.
Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengarah Urusan Mobile World Enterprise, Dayang Zubaidah Zainoh. Mobile World Enterprise kini telah meluaskan jualannya dengan menawarkan barangan elektronik seperti televisyen pelbagai jenama, mesin cuci, dan banyak lagi.
Sehubungan itu, Mobile World akan mengadakan Pesta Jualan Televisyen pada harga menarik yang akan berlangsung esok.

