TOKYO, 20 Feb – Syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony mengumumkan rancangannya hari ini untuk menyediakan sistem pemanduan berasaskan kecerdasan buatan (AI), sementara firma teksi yang lain berkata mereka sedang mengadakan rundingan kerjasama bersama Uber.
Sony berkata ia merancang bagi usaha sama untuk menawarkan AI kepada enam pengendali teksi di negara itu yang kini memiliki sejumlah 10,000 buah kenderaan di Tokyo.
Teknologi itu akan menggunakan AI untuk meramal permintaan bagi teksi dan membolehkan syarikat secara efisien menggerakkan sumber mereka.
Syarikat-syarikat itu berkata mereka akan membentuk usaha sama untuk membangunkan aplikasi teksi meskipun Sony berkata perbincangan lanjut akan diadakan sebelum sebarang perjanjian yang sah dilakukan.
Juga hari ini, Daiichi Kotsu Sangyo, sebuah syarikat teksi yang berpangkalan di selatan wilayah Fukuoka mengumumkan yang mereka dalam perundingan untuk menyertai usaha sama bersama syarikat gergasi dari Amerika Syarikat, Uber.
Aplikasi teksi mendapati cabaran untuk menembusi pasaran Jepun ketika para penumpang lebih berminat kepada perkhidmatan teksi tradisional yang lebih berkualiti tinggi.
Mendapatkan sebuah teksi memakan beberapa masa di bandar-bandar besar di Jepun, termasuklah perkhidmatan pengambilan yang agak lembap seperti Uber di mana para pengguna boleh memesan perkhidmatan pengambilan menggunakan kereta tanpa lesen melalui aplikasi yang terdapat pada telefon pintar mereka. – AFP