Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tawaran ASP, P/Inspektor dibuka

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Pasukan Polis Diraja Brunei telah membuka tawaran kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk berkhidmat sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP) dan Inspektor Percubaan (P/Inspektor).

    Pengambilan tersebut adalah mengikut kelayakan akademik iaitu mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan HND atau sebanding dan mempunyai kredit dalam mata pelajaran sijil am

    peringkat biasa (‘O’ Level) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Inspektor Percubaan.

    Manakala itu, bagi Penolong Penguasa Polis, mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam Perundangan (LLB/LLM) dan mempunyai kredit dalam mata pelajaran sijil am peringkat biasa (‘O’ Level) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

    Tawaran tersebut adalah mengikut syarat-syarat kelayakan yang digarispandukan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan telah dibukakan bermula hari ini hingga 30 November 2017.

    Borang permohonan boleh didapatkan di Kaunter Penyambut Tetamu Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei Jalan Tungku Gadong pada waktu pejabat.

    Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, hubungi Bahagian Keanggotaan Perancangan Kerjaya di talian 2459500 sambungan 778/725.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda