Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tawaran harga gading tinggi dorong pemburu haram bunuh gajah pygmy borneo

    TAWAU, 13 APRIL – Penemuan beberapa bangkai gajah pygmy Borneo baru-baru ini di Tawau, dipercayai disebabkan wujudnya permintaan dalam pasaran yang mendorong pemburu haram mendapatkan gading haiwan berkenaan kerana tawaran harga yang tinggi.

    Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Samasuddin Yusop berkata bagi menangani masalah itu Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia membantu kerajaan memberi kesedaran kepada komuniti di kawasan itu untuk melindungi spesies terancam berkenaan daripada pupus akibat pemburuan haram.

    “Apa yang berlaku hari ini pastinya ada kaitan dengan soal penawaran dan permintaan, pasti ada permintaan baik di luar sana berkaitan gading gajah, sebab itu pemburu gajah berusaha mendapatkan gading kerana harga ditawarkan lumayan.

    “Pihak berkuasa juga perlu memantau serta bertindak membanteras kegiatan pemburuan gading ini apatah lagi Kalabakan ini berada di sempadan,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Kalabakan hari ini.

    Samasuddin berkata beliau juga berhubung dengan pakar di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan UMS bagi membantu masyarakat di kawasan Kalabakan memberi pendidikan awal, pendedahan serta penjelasan kepada setiap lapisan komuniti, bermula di sekolah rendah dan menengah mengenai pentingnya perlindungan terhadap hidupan liar itu. – Bernama

    Tawaran harga gading yang tinggi dipercayai penyebab gajah-gajah pygmy Borneo dibunuh. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda