Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – QAF Auto selaku pengedar tunggal kereta BMW di Negara Brunei Darussalam kini menawarkan harga promosi bagi beberapa model BMW sempena Kempen Khas Pertengahan Tahun.
Di bawah kempen berkenaan, BMW menawarkan kadar faedah istimewa serendah 3.75 peratus apabila pelanggan membeli model terpilih termasuk BMW X3, X1, 1 Series hingga siri 5.
Selain itu, QAF Auto juga menawarkan beberapa tawaran hebat iaitu Onederful yang terhad bagi BMW 1 Series dan BMW X1.
Di bawah tawaran berkenaan, BMW X1 didatangkan dengan BMW Repair Inclusive selama lima tahun atau 200,000km, BMW Service Inclusive selama lima tahun atau 80,000km, insurans percuma selama lima tahun dan BMW Roadside Assistance selama tiga tahun (termasuk Sabah dan Sarawak).
Sementara itu, BMW 1 Series pula termasuk BMW Repair Inclusive selama lima tahun atau 200,000km dan tiga tahun BMW Roadside Assistance (termasuk Sabah dan Sarawak).

Di samping itu, QAF Auto juga akan mengadakan sesi uji pandu pada hujung minggu ini dengan tema Weekend Drive Test Weekful di Bilik Pameran QAF Auto, Perindustrian Beribi.
Sesi uji pandu berkenaan membolehkan pelanggan menguji sendiri kehebatan BMW 1 Series atau BMW X1.
Mereka yang membuat uji pandu juga berpeluang mendapat hadiah sagu hati daripada BMW.
Selain itu, minuman juga akan disediakan untuk pelanggan semasa acara tiga hari dengan langkah berjaga-jaga untuk keselamatan bersama semasa penularan wabak COVID-19 ini.
QAF Auto juga mengumumkan kepada orang ramai terutama sekali pelanggan tetapnya, bahawa kerja-kerja pengubahsuaian Bilik Pameran BMW dengan konsep yang lebih canggih dan moden kini sedang dijalankan.